Sunday, October 18, 2009

IMAM & 3 ORANG SAHABAT

Imam & 3 Orang Sahabat...
Di sebuah kampung ada 3 orang remaja yg suka melepak. Sorang tu nama dia Ali,
sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni
menyebabkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan
niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar.
Tok imam tu cabar 3 orang sahabat tu ke surau waktu Maghrib nanti. Si Ali
pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami
buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pergilah 3 orang sahabat tu ke
surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,
"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada
Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terserlah lah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat
takbiratul ihram. Angkat sekali tak khusyuk, angkat 2x pun
x khusyuk jugak lagi.. Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,
tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para
makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin
ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!"
lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbahak2.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke
depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis
sembahyang. Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko
niii... Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dengan
bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.
Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..." Tok imam pun terkedu
dan terpana...

No comments:

Post a Comment